Hudhud kayu
Hudhud kayu

Hudhud kayu

Hudhud kayu (Phoeniculidae) ialah keluarga burung dari Afrika dalam order Bucerotiformes yang juga termasuk syamsir. Ahli-ahlinya tinggal di selatan Gurun Sahara dan tidak berhijrah. Walaupun keluarga tersebut kini terhad di Afrika Sub-Sahara, bukti fosil menunjukkan bahawa ia pernah bertaburan dengan lebih luas. Fosil yang dikaitkan dengan keluarga tersebut telah ditemui dalam batuan Miosen di Jerman.[1]Hudhud kayu berkaitan dengan pekaka, tiung guling, dan hudhud, membentuk klad dengan hudhud menurut Hackett et al. (2008).[2] Hubungan rapat antara hudhud dan hudhud kayu juga disokong oleh sifat yang dikongsi dan unik bagi stapnya.[3] Hudhud kayu paling menyerupai hudhud sungguh dengan paruh melengkung ke bawah yang panjang dan sayap bulat pendek. Menurut kajian genetik, kedua-dua genus, Phoeniculus dan Rhinopomastus, nampaknya telah mencapah kira-kira sepuluh juta tahun yang lalu, jadi sesetengah ahli sistematik menganggapnyaa sebagai subkeluarga yang berasingan ataupun keluarga yang berasingan.[4]

Rujukan

WikiPedia: Hudhud kayu https://doi.org/10.1642%2F0004-8038(2000)117%5B096... https://doi.org/10.1126%2Fscience.1157704 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18583609 http://sora.unm.edu/sites/default/files/journals/w... https://archive.org/details/fireflyencyclope0000un... https://archive.org/details/handbookofbirdso0001un... https://www.researchgate.net/profile/Neveen-El-Bak... https://animaldiversity.org/accounts/Phoeniculidae... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... https://eol.org/pages/8675